Najib tidak akan dapat tiru gaya Tun Razak – Mustafa Ali 01/06/2009
Posted by Pakatan Rakyat in Berita Umum.add a comment
Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata, sikap Tun Abdul Razak jauh berbeza dengan anaknya, Dato’ Seri Najib walaupun beliau cuba meniru gaya pemerintahan ayahnya apabila memilih China sebagai lokasi luar negara pertama setelah diamanahkan menerajui negara.
Kepimpinan Tun Abdul Razak nampak santai kerana beliau gemar mendekati rakyat dengan memperkenalkan program seperti ‘Buku Hijau’ pembukaan kawasan Felda untuk rakyat yang miskin dan pertambahan pelaburan mengikut jadual.
Tetapi Najib bersikap keras pada rakyat sanggup menangkap rakyat yang berpuasa sunat, mogok lapar kerana sayangkan demokrasi, berpiket aman dan sebagainya.
“Najib cuba nak tiru gaya kepimpinan ayahnya, Tun Abdul Razak tapi dia lupa sikapnya tidak terbuka dan terlalu banyak skandal melibatkan namanya tidak dibersihkan,” ujar beliau.
Lawatan pertama Najib ke China baru-baru ini bermatlamat membuka ruang pelaburan dan perniagaan di samping membina hubungan dua hala dalam bidang pelancungan.
Menurut Mustaffa yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Trengganu, Najib terpaksa ke China untuk mengembalikan sokongan masyarakat itu terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang nyata makin terhakis.
Sokongan masyarakat bukan Islam kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-12 lalu membuatkan BN hampir menjadi pembangkang di Malaysia maka langkah terkini ialah mengembalikan kepercayaan mereka pada BN.
“Najib berharap lawatan ke China akan membolehkan sokongan diperolehi semula sebelum pilihan raya umum akan datang. Jika tidak BN pastinya berputih mata melihat perubahan yang berlaku,” kata beliau.
Walau apapun beliau berharap jentera Pakatan Rakyat bersatu tenaga untuk menentukan kemenangan berpihak kepada Dr Mansor Othman.
Jangan sekali-kali bertindak tanpa ikut arahan kepimpinan kerana ia bukan sahaja melemahkan organisasi parti malahan boleh mencetuskan rasa kurang senang di kalangan ahli gabungan Pakatan Rakyat, katanya.
Berceramah sama dalam program di Markaz Utama PAS N12 Penanti ialah Naib Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS Pusat, Ustaz Ahmad Awang dan ramai lagi. – mns_
Harakahdaily
N12: PKR kekal kerusi Penanti, dengan majoriti 5,558 undi 31/05/2009
Posted by Pakatan Rakyat in PRK: N12-Penanti, Pulau Pinang.add a comment
Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.
Manakala tiga calon bebas – Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000.
Proses pengiraan undi selesai pada kira-kira jam 7.20 malam.
Kejayaan Mujahid musnahkan dakyah Umno 31/05/2009
Posted by Pakatan Rakyat in Pakatan Rakyat.add a comment
Tiada siapa sangka PAS kini turut diminati kaum India dan Cina. Malah dengan keahlian seramai 20 ribu orang berbangsa Cina, India, Siam dan Iban menyertai kelab penyokong PAS, ia boleh melebihi keahlian sesetengah parti politik di Malaysia.
Ini merupakan kejayaan yang dirintis oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa menjadikan PAS kearah parti multiracial sesuai dengan negara bermasyarakat majmuk tanpa hilang identiti asal Islam dan Melayu.
(more…)
N12: 46.15% mengundi di Penanti – terendah dalam sejarah 31/05/2009
Posted by Pakatan Rakyat in PRK: N12-Penanti, Pulau Pinang.add a comment
Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti ialah 46.15 peratus atau 7,100 orang, demikian menurut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, ia merupakan peratusan keluar mengundi terendah dalam sejarah Malaysia.
Peratusan tersebut juga merupakan hanya hampir separuh daripada 82.1 peratus pengundian dalam pilihanraya umum lalu.
(more…)
Kelab Penyokong PAS akan diserap sebagai Dewan 31/05/2009
Posted by Pakatan Rakyat in Pakatan Rakyat.add a comment
PAS sedia menerima Kelab Penyokong PAS sebagai sayap parti memandangkan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada pelbagai kaum terutama Cina dan India.
Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sepatutya kelab Penyokong PAS itu sudah lama dijadikan sayap parti.
“Saya kata terlewat, patut lama jadi Dewan. Umno selalu ganggu akhir sekali atas kesedaran rakyat Umno telah digulingkan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Kelab Penyokong PAS Nasional 2009, di Dewan Majlis Daerah Klang.
(more…)
N12: Mansor Dapat 75 Peratus Undi Sehingga Pukul 2 Petang 31/05/2009
Posted by Pakatan Rakyat in PRK: N12-Penanti, Pulau Pinang.add a comment
Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution Ismail menganggarkan calon PKR, Mansor Othman telah memperolehi 75 peratus daripada jumlah buangan undi sehingga pukul 2 petang tadi.
Beliau berkata ini bermakna Mansor akan mencatat undi majoriti yang lebih besar berbanding dengan keputusan pada pilihan raya umum 2008 lalu.
Petugas PKR membuat unjuran lebih daripada 4,500 undi daripada 5,964 undi setakat pukul 2 petang memihak kepada calon Pakatan Rakyat.
“Berdasarkan kepada maklumbalas awal ini kebanyakan pengundi yang keluar mengundi sehingga pukul 2 petang tadi adalah penyokong kuat Pakatan Rakyat,” kata Saifuddin.
Pada PRU 2008 penyandang kerusi sebelum ini, Mohammad Fairus Khairuddin mengalahkan calon Barisan Nasional dari Umno, Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti sebanyak 2,219 undi.
N12: Pengundian tamat, calon PKR tunggu kemenangan 31/05/2009
Posted by Pakatan Rakyat in PRK: N12-Penanti, Pulau Pinang.add a comment
Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Penanti tamat jam 5 petang tadi, dengan jumlah pemilih yang keluar mengundi jangka rendah, berbanding 82.1 peratus dalam pilihanraya umum lalu.
Bagaimanapun, calon PKR, Mansor Othman yang berdepan dengan cabaran tiga calon bebas, diramalkan menang.
Sehingga jam 4 petang tadi, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mencatatkan 44.36 peratus atau 6,824 pemilih.
(more…)
N12: Pegawai tempat mengundi tertidur… 31/05/2009
Posted by Pakatan Rakyat in PRK: N12-Penanti, Pulau Pinang.add a comment
Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel) melaporkan dalam lamanwebnya bahawa pegawai tempat mengundi di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Tanah Liat tertidur kerana kurang pengundi.
Mafrel melaporkan perkara perkara pada jam 3.51 petang dalam lamanwebnya bersama foto pegawai yang tertidur itu.
Menurut Mafrel, keadaan mungkin gambaran terbaik mengenai kelembapan proses pengundian dalam pilihanraya kecil DUN Penanti hari ini.
(more…)
N12: Pengundi dipindah kawasan Parlimen 31/05/2009
Posted by Pakatan Rakyat in PRK: N12-Penanti, Pulau Pinang.add a comment
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, Mansor Othman mendakwa berlaku kes kehilangan nama pengundi dalam senarai pemilih.
Mansor mendakwa, sehingga jam 9.30 pagi tadi, terdapat tujuh hingga lapan nama pengundi, tidak ada dalam senarai pemilih.
Katanya, apa yang berlaku sama seperti ketika pilihanraya umum 2004 lallu di mana ramai pengundi dipindah ke kawasan lain tanpa pengetahuan mereka.
(more…)
N12: Polis, petugas parti lebih ramai dari pengundi 31/05/2009
Posted by Pakatan Rakyat in PRK: N12-Penanti, Pulau Pinang.add a comment
Jumlah anggota polis, wartawan, jurugambar serta pekerja pilihanraya kecil DUN Penanti, lebih ramai daripada jumlah pemilih yang datang mengundi di Berapit, Kubang Ulu, Tanah Liat, Guar Perahu dan Mengkuang.
Pengarah pilihanraya PKR, Saifuddin Nasution berkata, pihaknya berharap sekurang-kurangnya 65 hingga 70 peratus keluar mengundi hari ini.
(more…)
N12: Album Terbaru Kak Min Di Penanti “Masihkah Kau Ingat” 28/05/2009
Posted by Pakatan Rakyat in PRK: N12-Penanti, Pulau Pinang.add a comment
Bekas Ketua Wanita PKR P.Pinang yang telah `membuangkan’ diri serta `terbuang’ kini menjadi `Super Women’ dan diangkat sebagai ikon TV3 serta media-media bangkrap idea di negara ini. Sebelum ini, tidak ramai yang mengenali Aminah binti Abdullah atau lebih glamour dipanggil Kak Min. Semenjak beliau menawarkan diri menjadi calon bebas di dalam PRK Dun Penanti akan datang ini, nama tersebut menjadi `ratib’ kepada media kerajaan yang semakin dahaga kepada berita-berita sensasi. Meski pun sebelum ini telah banyak kita melihat calon-calon bebas yang masuk bertanding di dalam PRK termasuk yang mencipta rekod calon bebas teramai di Dun Bukit Selambau baru-baru ini, tetapi tiada calon bebas yang mendapat liputan luar biasa dari pihak media seperti yang diperolehi oleh Kak Min.
(more…)
Perak: Zambry Cuba Lepaskan Tangan Atas Krisis Perak 26/05/2009
Posted by Pakatan Rakyat in Berita PR Perak.1 comment so far
Terbaca laporan di dalam akhbar baru-baru ini tentang kenyataan Zambry MB Perak yang dinamakan oleh mahkamah, saya menjadi hairan mengapa Zambry masih tidak mengaku bahawa segala krisis yang berlaku di Perak kini adalah berpunca dari pihaknya. Sukar sangatkah bagi Zambry untuk mengerti erti `semangat’ dan roh demokrasi sebenarnya. Apakah Zambry masih perasan bahawa majoriti rakyat Perak masih menyokongnya? Mungkinkah Zambry berpendapat bahawa dengan melompatnya 3 Adun PR ke pihak beliau, maka keseluruhan rakyat yang diwakili oleh ke tiga-tiga Adun `katak’ tersebut turut menyokong beliau? Jika ini lah yang dibanggakan oleh Zambry yang tetap mempertahankan kerusi MB nya sekarang, kalau bukan jenis `gila kuasa’ , saya tidak tahu lagi apa yang dimaksudkan dengan `gila kuasa’.
(more…)
Perak: Polis Ganggu Majlis Puasa Sunat @ Mogok Lapar 26/05/2009
Posted by Pakatan Rakyat in Berita PR Perak.add a comment
Lapan wakil rakyat pembangkang termasuk ahli parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran ditahan polis selepas perasmian mogok lapar Pakatan Rakyat untuk mendesak DUN dibubarkan.
Mereka antara 14 orang yang ditahan pagi ini, termasuk lima pekerja syarikat pengurusan acara yang sedang menyiapkan khemah untuk acara tersebut.
(more…)
Perak: Mogok lapar untuk bukan Islam 26/05/2009
Posted by Pakatan Rakyat in Berita PR Perak.add a comment
Pesuruhjaya PAS Perak menafikan pemimpinnya bermogok lapar – dianggap bertentangan dengan ajaran Islam – seperti didakwa sesetengah pihak.
“Banyak pihak tidak mengambil maklumat yang betul. Sebenarnya, mogok lapar ini untuk kawan-kawan yang bukan Islam. Yang , (mereka) berpuasa sunat,” kata Ahmad Awang pagi ini.
(more…)
Perak: Hj. Nizar Teruskan Perjuangan Menuntut Keadilan 26/05/2009
Posted by Pakatan Rakyat in Berita PR Perak.add a comment
Hari ini peguam Hj Nizar dijangka akan menfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lepas ke Mahkamah Persekutuan di Putrajaya. Tarikh perbicaraan juga akan diketahui hari ini.
Kedudukan Zambry sebagai MB yang sah belum selamat lagi. Mahkamah Persekutuan akan bersidang bagi mendengar rayuan Hj Nizar. Sepatutnya perintah boleh dikeluarkan juga bagi menangguhkan keputusan Mahkamah Rayuan sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan Hj Nizar, sebagaimana Mahkamah Rayuan memutuskan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan bahawa Hj Nizar adalah MB yang sah ditangguhkan. Saya tidak pasti samada boleh ataupun tidak perintah tersebut dipohon.
(more…)
Perak: Katak-katak Yang Bikin UMNO BN Dalam Dilema 26/05/2009
Posted by Pakatan Rakyat in Berita PR Perak.add a comment
Apakah agaknya yang akan dilakukan oleh Barisan Nasional terhadap tiga orang ‘Adun Lompat’ di Perak itu? Persoalan ini didapati semakin hangat dibincang dan diperdebatkan di kalangan pegawai tinggi Umno/BN, di saat peristiwa rampasan kuasa di Perak itu terus menjadi topik utama di media-media utama di Malaysia yang mengaitkannya dengan pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak
Pegawai-pegawai BN berkata, berdasarkan apa yang berlaku hari ini, apa yang difikirkan terbaik untuk dilakukan ialah membiarkan mahkamah memutuskan sama ada Dato’ Seri Zamry Abdul Kadir atau Dato’ Seri Nizar Jamaluddin menteri besar Perak yang sah, dan kemudian adakan usul undi tidak percaya kepada ahli politik PAS yang popular itu, dan kemudian terus memerintah Perak.
(more…)
Perak: Pakatan Rakyat Tidak Putus Asa 26/05/2009
Posted by Pakatan Rakyat in Berita PR Perak.add a comment
KERAJAAN haram Barisan Nasional di Perak melemparkan perkataan ‘Degil’ kerana tindakan pemimpin Pakatan Rakyat masih tidak mahu menerima keputusan mahkamah.
“Wajarkah kita mengatakan kepada rakyat Palestin sebagai degil, kerana mereka masih berkeras mempertahankan hak mereka?,” tanya Speaker Dewan Undanga Negeri (Dun) Perak V. Sivakumar dalam blognya hari ini.
(more…)
Perak: Siapa Takutkan Kebangkitan Rakyat? 26/05/2009
Posted by Pakatan Rakyat in Berita PR Perak.add a comment
Ketika ini UMNO menyerang PR secara habis-habisan. PR dituduh enggan menerima keputusan Mahkamah Rayuan seolah-olah keputusan itu tidak boleh lagi dicabar di mana-mana mahkamah di Malaysia.
Padahal mereka pun mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang menghukum Nizar sebagai MB Perak yang sah. Inilah bukti yang menunjukkan bahawa UMNO mengamalkan double standard.
Jika kita teliti tindak tanduk UMNO-BN selepas PRU Ke-12, kita dapat mengesahkan bahawa mereka tidak boleh menerima hakikat kekalahan di lima buah negeri dan gagal memperoleh dua pertiga majoriti di parlimen. Mereka memainkan isu kelunturan kuasa politik Melayu untuk menakut-nakutkan orang Melayu. Kekalutan itu berjaya menarik NGO Melayu melibatkan diri dalam perdebatan yang berbau perkauman sehingga memunculkan entiti yang diistilahkan sebagai Ketuanan Melayu.
(more…)
Perangkap telah Terpasang 26/05/2009
Posted by Pakatan Rakyat in Berita Umum.add a comment
UMNO mungkin sedang merayakan kemenangan mereka merampas kuasa di Perak apabila Zambry diisytiharkan sebagai MB yang sah oleh Mahkamah Rayuan tanpa mengambil kira keputusan rayuan Nizar di Mahkamah Persekutuan. Atau mereka yakin keputusan itu akan 100% menyebelahi mereka?
Namun, kegembiraan itu akan berakhir dengan kesengsaraan. Sudah banyak kali laku perbuatan UMNO memakan diri. UMNO perlu sedar bahawa “Pelanduk selalu lupakan jerat, tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk”.
(more…)
Perak: Speaker Ganesen Tetap Haram 26/05/2009
Posted by Pakatan Rakyat in Berita PR Perak.add a comment
KEPUTUSAN Mahkamah Rayuan Khamis lalu yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi lansung tidak memeranjatkan. Demikian komen spontan Profesor Dr Abdul Aziz Bari terhadap keputusan mahkamah yang menghukumkan Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Tetapi penghakiman 5 minit itu sungguh memeranjatkan banyak kalangan. “Buat masa ini saya fikir kita belum perlu untuk membuat komen yang menyentuh aspek teknikal penghakiman Raus Sharif kerana beliau sendiri pun belum memberi penghakiman bertulis,” ujarAziz lagi.
(more…)









