Arkib Bulanan: April 2009

SPR perlu berubah daripada membuat peraturan mengejut

Umur Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkau 52 tahun dan genap pada 4 September ini. Seawal usianya tidak banyak karenah yang ditimbulkan bagi menyakiti pembangkang.

Banyak tulisan yang dibaca jarang mempertikaikan kewibawaan SPR mengendalikan pilihan raya pada masa lampau.

Tidak ditemui juga dalam tulisan penulis Haji Subky Abdul Latif mengkritik keburukan SPR masa lalu kecuali memuji badan tersebut bertindak sebagai orang tengah dalam mengendalikan pilihan raya di Malaysia yang serba kekurangan dan bersesuaian keadaannya pada masa itu.
Continue reading

N12: Timbalan Pengerusi SPR diminta jadi calon Penanti

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), Wan Ahmad Wan Omar wajar dijadikan calon Umno-Barisan Nasional bagi pilihanraya kecil Dun Penanti yang bakal diadakan.

Menurut Ketua Angkatan Muda KeADILan Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin Wan Ahmad wajar dijadikan calon BN kerana kenyataan beliau yang dianggap menyebelahi Barisan Nasional.

“Jika Wan Ahmad masih mahu mempertahankan pendekatan yang bersifat kosmetik untuk menjaga imej dan menjamin kemenangan BN, maka wajarlah jika beliau sahaja yang menjadi calon Umno-BN di DUN Penanti kelak,” kata Shamsul dalam satu kenyataan semalam.
Continue reading

N12: SPR tetap laksana larangan pondok panas bermula di Penanti

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetap dengan pendiriannya mahu melaksanakan larangan parti-parti politik daripada mengadakan pondok panas dan memancing undi pada hari mengundi.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR tetap dengan keputusan mereka dan mahu semua parti politik dan penyokong parti pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti mematuhi larangan berkempen pada hari mengundi mengikut Seksyen 26 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Continue reading

N12: AMK Pulau Pinang sambut baik pecalonan Mansor

ANGKATAN Muda KeADILan Pulau Pinang menyambut baik pemilihan Mansor Othman sebagai calon Pakatan Rakyat untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti.

Ketuanya, Yusmadi Yusoff berkata pemilihan berkenaan adalah tepat berdasarkan kredebiliti dan kualiti Dr Mansor yang telah terbukti bagi KeADILan Pulau Pinang.
Continue reading

1Malaysia: Sekadar Kosmetik dan Lunak Retorik!

Konsep Satu Malaysia, ciptaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini meniti dibibir setiap pemimpin Barisan Nasional adalah hanya sekadar slogan yang bersifat kosmetik semata-mata dan tidak lebih daripada itu.

Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menulis dalam blognya, anwaribrahimblog.com berkata, walaupun BN cuba menutup segala kelemahannya dengan satu lagi slogan kosong namun budaya rasuah, kronisma, amalan boros dan pembaziran serta perkauman masih hidup subur dalam budayanya.
Continue reading

Sidang DUN Perak: Pakatan Rakyat Tidak Boikot

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Nga Kor Ming hari ini menafikan sekeras-kerasnya beberapa khabar angin kononnya beliau dan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat (PR) akan memboikot persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal diadakan pada 7 Mei depan.

Setiausaha DAP Perak itu juga menafikan ada memberikan kenyataan bahawa akan mengambil tindakan memboikot persidangan itu dalam sebuah portal terkenal.

“Kenyataan yang ditulis itu adalah salah dan tidak benar sama sekali, saya menafikan memberikan kenyataan demikian.

“Saya tidak boleh mengambil sebarang tindakan secara peribadi. PR hanya akan memberikan jawapan berkaitan pendirian saya dan PR selepas perbincangan diadakan.
Continue reading

Nizar – UMNO Tidak Berhak Melangkaui Keputusan Mahkamah Adakan Sidang DUN

UMNO perlu bersikap rasional dan menangguhkan sidang dewan undangan negeri Perak pada 7 Mei depan sehingga isu dua menteri besar Perak diselesaikan. Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata UMNO tidak perlu terlalu ghairah mengadakan sidang DUN itu apabila banyak persoalan mengenai perlembagaan negara dan negeri masih belum diputuskan.

Beliau berkata demikian setelah Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Zambry Abd Kadir dari UMNO untuk mendapatkan perisytiharan bahawa beliau adalah MB yang sah.

Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebulat suara memutuskan bahawa pertikaian antara Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengenai siapa menteri besar yang sah akan didengar dan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi.
Continue reading

Cubaan Memecat Sivakumar

Pejabat Setiausaha Dewan Negeri Perak telah menerima satu usul untuk melucutkan V Sivakumar dari jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Usul tersebut dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan disokong oleh ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman.

Menurut Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri, usul tersebut telah diberi notis untuk dibawa di dalam mesyuarat pertama, penggal kedua, DUN Perak ke-12 pada 7 Mei depan.
Continue reading

Asrama baru Kelantan di Kaherah berharga RM17 juta

Mengambil kira masalah penginap yang begitu terdesak bagi pelajar Kelantan di Kaherah, Mesir menyebabkan kerajaan negeri membeli asrama baru berharga RM17 juta.

Bayaran pendahuluan sebanyak RM10 juta telah dibayar kepada pemilik bangunan tersebut.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato’ Ahmad Yakob�berkata, kerajaan negeri akan menghantar wakil pada masa terdekat ini untuk melihat penyelenggaraan pembinaan asrama�Kelantan di Hayyu Sabie, Kaherah.
Continue reading

Selepas Tamu Nak Balik Baru Nak Buka Pintu

KATA presiden Umno, Mohd Najib Razak, Umno sepatutnya tidak menjadi parti yang eksklusif sebaliknya bersifat inklusif. Apa yang dimaksudkan Najib Umno tidak boleh jadi parti dianggotai kaum elit sahaja sebaliknya ia perlu menjadi milik semua orang termasuk kaum lain dari semua lapisan masyarakat.

Apa yang Najib hasratkan Umno bukan saja menjadi hak orang Melayu tetapi semua rakyat Malaysia! Parti semua kaum dan etnik.

Selain itu katanya Umno juga tidak boleh mengekalkan budaya meminggirkan pihak tertentu yang dianggap tidak menyokong pihak tertentu. Ertinya Najib tidak mahu politik cantas mencantas atau cas kenting berlaku dalam parti berkenaan.
Continue reading

Umno seumpama bertaraf parti ‘Bebas’

Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata taraf Umno sekarang seumpama wakil rakyat ‘bebas’ kerana belum memutuskan samada mahu bertanding atau tidak pada pilihanraya kecil Dun N12 Penanti, 31 Mei depan.

“Umno memiliki kerajaan yang besar tetapi sikap pemimpin mereka seperti wakil rakyat ‘bebas’ kerana sehingga sekarang belum pasti hendak bertanding atau tidak,” katanya.

Berikutan Perdana Menteri Najin Razak menyebut Barisan Nasional akan meneliti sama ada mahu menyertai pilihanraya kecil di Dun Penanti atau sebaliknya.
Continue reading

Buktikan Umno Tidak Main Politik Pondok-Pondok

UMNO tidak perlu berbelah bahagi jika hendak buat perubahan. Tidak perlu bertelagah atau berbalah sesama sendiri. Sebagai parti politik, perubahan pertama yang Umno harus dilakukan mestilah di segi politik – pemikiran dan juga amalan politik.

Oleh itu Umno perlu berani. Ia harus berani menyanggah amalan politik yang tidak banyak memberi manfaat kepada ahli dan rakyat terbanyak. Jika Umno memikirkan ada amalannya yang tidak baik dan kurang berfaedah, maka ia harus berani hentikan dan ambil sikap baru.

Jika Umno yakin pilihanraya kecil tidak ada faedah kepada rakyat kerana ia hanya permainan politik pihak lawan untuk menyalahgunakan proses demokrasi maka ia harus mesti tegas dan tekal dengan keyakinan itu. Ia tidak perlu terkilan dengan keputusan untuk tidak turut bertanding.
Continue reading

PAS minta pimpinan negeri anjur solat doakan kesejahteraan Sultan Selangor

PAS Selangor meminta pimpinan parti negeri itu supaya menganjurkan solat hajat mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang akan menjalani pembedahan di Amerika Syarikat.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS negeri, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali telah mengeluarkan arahan supaya solat hajat perdana dan munajat itu diadakan akan diadakan di setiap kawasan negeri itu.
Continue reading

SPR belakangi demokrasi – Mahfuz

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf disarankan supaya menjawat posisi Pengerusi Pemilihan Umno sahaja apabila sering dilihat menyebelahi Umno.

Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Dato’ Mahfuz Omar semasa mengulas pelbagai isu yang membabitkan SPR mutakhir ini terutamanya dalam penangguhan pengumuman pilihan raya kecil Dun Penanti dan isu barung panas.

“Saya ingat lebih baik Pengerusi SPR ini jadi Pengerusi Pemilihan Umno, pasti Najib (Dato’ Seri Najib Tun Razak) kekal jadi Presiden Umno seumur hidup,” kata Mahfuz.
Continue reading

Terima Kasih SPR, Demokrasi Makin Mekar

Tidak ada peraturan baru. Semua syarat dan langkah perlu bagi memastikan pilihanraya dikendalikan dengan tenteram dan adil memang sudah sedia ada. Malah rekod Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menguruskan pilihanraya dengan cekap adalah cukup baik.

Soal adil atau tidak adalah perkara subjektif. Lantas tidaklah perlu ada keraguan pada kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof bahawa suruhanjayanya akan perkenalkan beberapa langkah baru untuk memastikan pilihanraya, terutama yang terdekat iaitu di Penanti, Pulau Pinang, akan berjalan dengan tenteram dan sopan.

Yang nyata, peraturan tidak boleh ada pondok panas yang dikenalpasti oleh SPR sebagai punca “menggelegaknya” suhu mana-mana pilihanraya memang sudah lama ada. Pondok-pondok ini sering dijadikan markas terakhir oleh parti-parti yang bersaing untuk “mengasak”, “mengugut” dan juga “memujuk” pengundi supaya memangkah calon mereka.

Maka Tan Sri Abdul Aziz tidak mahu ada lagi pondok panas. Dan, beliau juga tidak mahu terlalu ramai yang datang mengiringi calon-calon yang bertanding kerana itu boleh menggugat ketenteraman awam.

Sekali lagi sebenarnya apa yang disebutnya itu bukan perkara baru. Peraturan memang sudah ada. Cuma yang jadi masalah ialah pelaksanaan. Misalnya, ketika menghidu akan mencatatkan kemenangan besar dalam pilihanraya kesebelas pada 2004, pondok-pondok untuk menyemak daftar pengundi dan jadi tempat berteduh penyokong-penyokong parti dari panas dan hujan, tiba-tiba didirikan seperti “cendawan selepas hujan” oleh komponen Barisan Nasional. Keadaan ini mengejutkan parti lawan, dan mereka bingkas mendirikan pondok masing-masing.

Ini hakikat. Peraturan melarang memang sedia ada. Namun ia tidak dilaksana dengan tegas. Entah mengapa SPR tiba-tiba berlembut selepas itu dalam isu pondok panas di dalam pilihanraya umum ke-12 (hingga menyebabkan kemerosotan besar pencapaian Barisan Nasional) dan lima pilihanraya kecil yang menyusul sukar hendak difahami. Bukankah pihak polis yang menjadi pengaman dan pemelihara ketenteraman awam sentiasa hadir dengan aktif dalam setiap pilihanraya untuk melaksanakan peraturan ini?

Maka yang menjadi persoalannya, jika SPR tidak melihat peraturan penting dilaksanakan dengan gigih, maka tentu polis pun akan kurang ambil berat soal itu. Dan, jika suhu makin menggelegak di pondok-pondok panas maka polis sentiasa ada cara mengatasinya; sekurang-kurang pasukan simpanan persekutuan (FRU) bersedia dan meriam air untuk menyejukkan keadaan. Kecekapan polis ini boleh disaksikan di pilihanraya kecil Bukit Gantang baru-baru ini.

Bagaimanapun bagi kes penyokong yang datang terlalu ramai untuk mengiringi calon pada hari penamaan calon, itu kes lain. Apabila beratus ribu peminat TV3 dikatakan berpusu-pusu ke karnival jom heboh di Lumut hujung minggu lalu, tidak pula ia jadi masalah, terutamanya pada pihak polis. Ini kerana mereka berhimpun di situ hanya untuk ambil kesempatan jualan istimewa, jumpa selebriti dan artis pujaan mereka. Walaupun keadaan hangat, meriam air tidak perlu digunakan kerana keadaan masih tenteram. Sebab itu, Mufti Perak yang dulu berfatwa melarang ”Sure Heboh” sudah tidak menghebohkan isu itu lagi kerana program itu sudah bertukar nama jadi ”Jom Heboh” dan menjadi karnival keluarga dan ada pula maslahat baik untuk umat.

Maka, bagaimana pula hendak disekat naluri penyokong parti untuk menunjukkan taat setia, keyakinan dan juga kegembiraan mereka untuk menyertai proses demokrasi pada hari penamaan calon. Sedangkan sambutan kemenangan bolasepak, lumba basikal atau badminton boleh dibuat perarakan keliling kota dan desa. Rakyat keluar beramai-ramai tunjuk kegembiraan, kebanggaan dan kesyukuran kerena kemenangan. Ahli-ahli sukan dirai sebagai wira.

Jadi mengapa tidak rakyat juga beri peluang untuk tunjuk kegembiraan, kesetiaan dan harapan kepada calon-calon yang akan jadi pemimpin dan wakil rakyat mereka? Jika mufti boleh ubah sikap walaupun fatwa melarang Jom Heboh sudah ada kerana keadaan mungkin sudah berubah dan rakyat sudah terdidik untuk bersopan menemui selebriti televisyen dan artis, mengapa polis dan SPR masih bimbang akan gagal untuk mengawal keadaan pada hari penamaan calon?

Sesungguhnya dalam proses demokrasi penamaan calon ialah hari perayaan – meraikan mereka yang bakal jadi pemimpin dan mengisyaratkan rakyat diberi hak untuk memilih sesiapa sahaja calon yang menawarkan diri untuk berkhidmat kepada mereka!

Jika tiada syarat dikenakan kepada penganjur Jom Heboh, Suarasa dan pelbagai karnival aman, kenapa perlu cemburu dan khuatir hari penamaan calon tidak boleh jadi majlis luhur untuk meraikan demokrasi? Peraturan sudah ada, kenapa teragak-agak melaksanakannya.

SPR kena yakin pada diri sendiri bahawasanya proses pendidikan pilihanraya yang dianjurkannya selama ini berkesan. Dalilnya, makin ramai rakyat yang ingin ambil bahagian dalam proses pilihanraya. Maka mengapa khuatir, jika rakyat keluar beramai-ramai meraikan kefahaman luhur mengenai pilihanraya?

Namun apa yang lebih penting, tidak mungkin ada pihak boleh melarang naluri rakyat untuk menunjukkan sokongannya kepada demokrasi. Bukankah SPR sering mengatakan jika ia tidak berlaku adil, bagaimana pihak yang dahulu menjadi pembangkang dalam proses demokrasi kini telah mencatatkan kemenangan dan sudah pun mampu memerintah beberapa negeri di negara ini?

Demokrasi harus terus mekar dalam hati, pemikiran dan tindak tanduk rakyat. Ia juga harus makin ranum dalam pengurusan dan pelaksanaan tugas SPR. Sekatlah bagaimana sekalipun, rakyat kini lebih arif mengenai hak mereka. Terima kasih kepada SPR, rakyat tetap akan memilih demokrasi jua.

TVAntara

Pakatan Rakyat mahu SPR batal larangan pondok panas

Pakatan Rakyat sebulat suara menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar menarik balik keputusannya semalam yang melarang parti-parti politik daripada mengadakan pondok panas dan memancing undi pada hari mengundi.

Malah Pakatan Rakyat juga sebulat suara menolak keputusan suruhanjaya itu semalam kerana beranggapan alasan-alasan yang diberikan adalah tidak munasabah.

“Kita mahu agar SPR tidak melaksanakan larangan yang mereka putuskan itu dan kita mahu sistem pilihan raya dilaksanakan seperti pilihan raya sebelum ini,” kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali.
Continue reading

N12: Sah! Mansor calon PKR pilihan raya kecil DUN Penanti

Sah! Sebagaimana diramalkan sebelum ini bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mansor Othman akan diturunkan sebagai calon bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti mewakili Pakatan Rakyat.

Mansor merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang.

Ia diumumkan oleh Anwar yang juga Penasihat PKR di Yayasan Aman, Penanti dalam bahagian Permatang Pauh kira-kira pukul 10 malam tadi.
Continue reading

Saman Zambry-Nizar balik ke Mahkamah Tinggi

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa pertikaian antara Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengenai siapa menteri besar yang sah akan didengar dan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi.

Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebulat suara memutuskan wujud pertikaian fakta dalam dua afidavit yang diikrarkan oleh Mohd Nizar dan Penasihat Undang-undangan Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.

Prosiding untuk meneliti afidavit Ahmad Kamal akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim pada hari Isnin. Ini merupakan kali kedua kes itu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi, lapor Bernama.
Continue reading

Saifuddin Pengarah Pilihan Raya ganti Azmin

Parti Keadilan Rakyat (PKR) melantik Pengarah Strategiknya, Saifuddin Nasution sebagai Pengarah Pilihan Raya menggantikan Naib Presiden Azmin Ali dalam proses menyusun semula struktur pengurusan komponen Pakatan Rakyat itu

Azmin, Ahli Parlimen Gombak, yang melepaskan tugas Pengarah Pilihan Raya pula akan mengetuai pasukan petugas yang terdiri daripada kesemua Naib Presiden iaitu Dr. Lee Boon Chye, R. Sivarasa, Mustafa Kamil Ayub dan Dr. Jeffrey Kitingan.

Seorang lagi Naib Presiden, Tian Chua pula dilantik menggantikan Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang.
Continue reading

Tamaddun Pilihanraya Kecil

Dengan berlalunya pilihanraya kecil di tiga kawasan baru baru ini, turut membawa bersama pelbagai kemelut yang menyesakkan rasa kepada beberapa perbadanan di negara kita ini. Kepanasan yang dialami kalian itu, mula dikaitkan dengan parti pembangkang yang disebut sebut sebagai pembuat kerenah yang banyak mengecewakan kerajaan pemerintah, khusus nya SPR atau Suruhanjaya Pilihan Raya itu sendiri.

Pihak SPR sudah pun membuat pertemuan dengan beberapa buah parti politik sama ada dari BN mahu pun dari pihak pembangkang, Pakatan Rakyat di Puterjaya khamis lalu. SPR yang melahirkan rasa kecewa setelah menerima tamparan hebat dari Pakatan Rakyat yang di ketuai oleh Dato’Mustafar Ali selaku Pengarah Pilkihanraya PAS dalam majlis itu.
Continue reading