Arkib Bulanan: Mei 2009

N12: PKR kekal kerusi Penanti, dengan majoriti 5,558 undi

Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.

Manakala tiga calon bebas – Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000.

Proses pengiraan undi selesai pada kira-kira jam 7.20 malam.

Kejayaan Mujahid musnahkan dakyah Umno

Tiada siapa sangka PAS kini turut diminati kaum India dan Cina. Malah dengan keahlian seramai 20 ribu orang berbangsa Cina, India, Siam dan Iban menyertai kelab penyokong PAS, ia boleh melebihi keahlian sesetengah parti politik di Malaysia.

Ini merupakan kejayaan yang dirintis oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa menjadikan PAS kearah parti multiracial sesuai dengan negara bermasyarakat majmuk tanpa hilang identiti asal Islam dan Melayu.
Continue reading

N12: 46.15% mengundi di Penanti – terendah dalam sejarah

Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti ialah 46.15 peratus atau 7,100 orang, demikian menurut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, ia merupakan peratusan keluar mengundi terendah dalam sejarah Malaysia.

Peratusan tersebut juga merupakan hanya hampir separuh daripada 82.1 peratus pengundian dalam pilihanraya umum lalu.
Continue reading

Kelab Penyokong PAS akan diserap sebagai Dewan

PAS sedia menerima Kelab Penyokong PAS sebagai sayap parti memandangkan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada pelbagai kaum terutama Cina dan India.

Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sepatutya kelab Penyokong PAS itu sudah lama dijadikan sayap parti.

“Saya kata terlewat, patut lama jadi Dewan. Umno selalu ganggu akhir sekali atas kesedaran rakyat Umno telah digulingkan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Kelab Penyokong PAS Nasional 2009, di Dewan Majlis Daerah Klang.
Continue reading

N12: Mansor Dapat 75 Peratus Undi Sehingga Pukul 2 Petang

Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution Ismail menganggarkan calon PKR, Mansor Othman telah memperolehi 75 peratus daripada jumlah buangan undi sehingga pukul 2 petang tadi.

Beliau berkata ini bermakna Mansor akan mencatat undi majoriti yang lebih besar berbanding dengan keputusan pada pilihan raya umum 2008 lalu.

Petugas PKR membuat unjuran lebih daripada 4,500 undi daripada 5,964 undi setakat pukul 2 petang memihak kepada calon Pakatan Rakyat.

“Berdasarkan kepada maklumbalas awal ini kebanyakan pengundi yang keluar mengundi sehingga pukul 2 petang tadi adalah penyokong kuat Pakatan Rakyat,” kata Saifuddin.

Pada PRU 2008 penyandang kerusi sebelum ini, Mohammad Fairus Khairuddin mengalahkan calon Barisan Nasional dari Umno, Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti sebanyak 2,219 undi.

N12: Pengundian tamat, calon PKR tunggu kemenangan

Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Penanti tamat jam 5 petang tadi, dengan jumlah pemilih yang keluar mengundi jangka rendah, berbanding 82.1 peratus dalam pilihanraya umum lalu.

Bagaimanapun, calon PKR, Mansor Othman yang berdepan dengan cabaran tiga calon bebas, diramalkan menang.

Sehingga jam 4 petang tadi, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mencatatkan 44.36 peratus atau 6,824 pemilih.
Continue reading

N12: Pegawai tempat mengundi tertidur…

Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel) melaporkan dalam lamanwebnya bahawa pegawai tempat mengundi di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Tanah Liat tertidur kerana kurang pengundi.

Mafrel melaporkan perkara perkara pada jam 3.51 petang dalam lamanwebnya bersama foto pegawai yang tertidur itu.

Menurut Mafrel, keadaan mungkin gambaran terbaik mengenai kelembapan proses pengundian dalam pilihanraya kecil DUN Penanti hari ini.
Continue reading

N12: Pengundi dipindah kawasan Parlimen

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, Mansor Othman mendakwa berlaku kes kehilangan nama pengundi dalam senarai pemilih.

Mansor mendakwa, sehingga jam 9.30 pagi tadi, terdapat tujuh hingga lapan nama pengundi, tidak ada dalam senarai pemilih.

Katanya, apa yang berlaku sama seperti ketika pilihanraya umum 2004 lallu di mana ramai pengundi dipindah ke kawasan lain tanpa pengetahuan mereka.
Continue reading

N12: Polis, petugas parti lebih ramai dari pengundi

Jumlah anggota polis, wartawan, jurugambar serta pekerja pilihanraya kecil DUN Penanti, lebih ramai daripada jumlah pemilih yang datang mengundi di Berapit, Kubang Ulu, Tanah Liat, Guar Perahu dan Mengkuang.

Pengarah pilihanraya PKR, Saifuddin Nasution berkata, pihaknya berharap sekurang-kurangnya 65 hingga 70 peratus keluar mengundi hari ini.
Continue reading

N12: Album Terbaru Kak Min Di Penanti “Masihkah Kau Ingat”

Bekas Ketua Wanita PKR P.Pinang yang telah `membuangkan’ diri serta `terbuang’ kini menjadi `Super Women’ dan diangkat sebagai ikon TV3 serta media-media bangkrap idea di negara ini. Sebelum ini, tidak ramai yang mengenali Aminah binti Abdullah atau lebih glamour dipanggil Kak Min. Semenjak beliau menawarkan diri menjadi calon bebas di dalam PRK Dun Penanti akan datang ini, nama tersebut menjadi `ratib’ kepada media kerajaan yang semakin dahaga kepada berita-berita sensasi. Meski pun sebelum ini telah banyak kita melihat calon-calon bebas yang masuk bertanding di dalam PRK termasuk yang mencipta rekod calon bebas teramai di Dun Bukit Selambau baru-baru ini, tetapi tiada calon bebas yang mendapat liputan luar biasa dari pihak media seperti yang diperolehi oleh Kak Min.
Continue reading

Perak: Zambry Cuba Lepaskan Tangan Atas Krisis Perak

Terbaca laporan di dalam akhbar baru-baru ini tentang kenyataan Zambry MB Perak yang dinamakan oleh mahkamah, saya menjadi hairan mengapa Zambry masih tidak mengaku bahawa segala krisis yang berlaku di Perak kini adalah berpunca dari pihaknya. Sukar sangatkah bagi Zambry untuk mengerti erti `semangat’ dan roh demokrasi sebenarnya. Apakah Zambry masih perasan bahawa majoriti rakyat Perak masih menyokongnya? Mungkinkah Zambry berpendapat bahawa dengan melompatnya 3 Adun PR ke pihak beliau, maka keseluruhan rakyat yang diwakili oleh ke tiga-tiga Adun `katak’ tersebut turut menyokong beliau? Jika ini lah yang dibanggakan oleh Zambry yang tetap mempertahankan kerusi MB nya sekarang, kalau bukan jenis `gila kuasa’ , saya tidak tahu lagi apa yang dimaksudkan dengan `gila kuasa’.
Continue reading

Perak: Polis Ganggu Majlis Puasa Sunat @ Mogok Lapar

Lapan wakil rakyat pembangkang termasuk ahli parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran ditahan polis selepas perasmian mogok lapar Pakatan Rakyat untuk mendesak DUN dibubarkan.

Mereka antara 14 orang yang ditahan pagi ini, termasuk lima pekerja syarikat pengurusan acara yang sedang menyiapkan khemah untuk acara tersebut.
Continue reading

Perak: Mogok lapar untuk bukan Islam

Pesuruhjaya PAS Perak menafikan pemimpinnya bermogok lapar – dianggap bertentangan dengan ajaran Islam – seperti didakwa sesetengah pihak.

“Banyak pihak tidak mengambil maklumat yang betul. Sebenarnya, mogok lapar ini untuk kawan-kawan yang bukan Islam. Yang , (mereka) berpuasa sunat,” kata Ahmad Awang pagi ini.
Continue reading

Perak: Hj. Nizar Teruskan Perjuangan Menuntut Keadilan

Hari ini peguam Hj Nizar dijangka akan menfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lepas ke Mahkamah Persekutuan di Putrajaya. Tarikh perbicaraan juga akan diketahui hari ini.

Kedudukan Zambry sebagai MB yang sah belum selamat lagi. Mahkamah Persekutuan akan bersidang bagi mendengar rayuan Hj Nizar. Sepatutnya perintah boleh dikeluarkan juga bagi menangguhkan keputusan Mahkamah Rayuan sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan Hj Nizar, sebagaimana Mahkamah Rayuan memutuskan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan bahawa Hj Nizar adalah MB yang sah ditangguhkan. Saya tidak pasti samada boleh ataupun tidak perintah tersebut dipohon.
Continue reading

Perak: Katak-katak Yang Bikin UMNO BN Dalam Dilema

Apakah agaknya yang akan dilakukan oleh Barisan Nasional terhadap tiga orang ‘Adun Lompat’ di Perak itu? Persoalan ini didapati semakin hangat dibincang dan diperdebatkan di kalangan pegawai tinggi Umno/BN, di saat peristiwa rampasan kuasa di Perak itu terus menjadi topik utama di media-media utama di Malaysia yang mengaitkannya dengan pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak

Pegawai-pegawai BN berkata, berdasarkan apa yang berlaku hari ini, apa yang difikirkan terbaik untuk dilakukan ialah membiarkan mahkamah memutuskan sama ada Dato’ Seri Zamry Abdul Kadir atau Dato’ Seri Nizar Jamaluddin menteri besar Perak yang sah, dan kemudian adakan usul undi tidak percaya kepada ahli politik PAS yang popular itu, dan kemudian terus memerintah Perak.
Continue reading

Perak: Pakatan Rakyat Tidak Putus Asa

KERAJAAN haram Barisan Nasional di Perak melemparkan perkataan ‘Degil’ kerana tindakan pemimpin Pakatan Rakyat masih tidak mahu menerima keputusan mahkamah.

“Wajarkah kita mengatakan kepada rakyat Palestin sebagai degil, kerana mereka masih berkeras mempertahankan hak mereka?,” tanya Speaker Dewan Undanga Negeri (Dun) Perak V. Sivakumar dalam blognya hari ini.
Continue reading

Perak: Siapa Takutkan Kebangkitan Rakyat?

Ketika ini UMNO menyerang PR secara habis-habisan. PR dituduh enggan menerima keputusan Mahkamah Rayuan seolah-olah keputusan itu tidak boleh lagi dicabar di mana-mana mahkamah di Malaysia.
Padahal mereka pun mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang menghukum Nizar sebagai MB Perak yang sah. Inilah bukti yang menunjukkan bahawa UMNO mengamalkan double standard.

Jika kita teliti tindak tanduk UMNO-BN selepas PRU Ke-12, kita dapat mengesahkan bahawa mereka tidak boleh menerima hakikat kekalahan di lima buah negeri dan gagal memperoleh dua pertiga majoriti di parlimen. Mereka memainkan isu kelunturan kuasa politik Melayu untuk menakut-nakutkan orang Melayu. Kekalutan itu berjaya menarik NGO Melayu melibatkan diri dalam perdebatan yang berbau perkauman sehingga memunculkan entiti yang diistilahkan sebagai Ketuanan Melayu.
Continue reading

Perangkap telah Terpasang

UMNO mungkin sedang merayakan kemenangan mereka merampas kuasa di Perak apabila Zambry diisytiharkan sebagai MB yang sah oleh Mahkamah Rayuan tanpa mengambil kira keputusan rayuan Nizar di Mahkamah Persekutuan. Atau mereka yakin keputusan itu akan 100% menyebelahi mereka?

Namun, kegembiraan itu akan berakhir dengan kesengsaraan. Sudah banyak kali laku perbuatan UMNO memakan diri. UMNO perlu sedar bahawa “Pelanduk selalu lupakan jerat, tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk”.
Continue reading

Perak: Speaker Ganesen Tetap Haram

KEPUTUSAN Mahkamah Rayuan Khamis lalu yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi lansung tidak memeranjatkan. Demikian komen spontan Profesor Dr Abdul Aziz Bari terhadap keputusan mahkamah yang menghukumkan Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Tetapi penghakiman 5 minit itu sungguh memeranjatkan banyak kalangan. “Buat masa ini saya fikir kita belum perlu untuk membuat komen yang menyentuh aspek teknikal penghakiman Raus Sharif kerana beliau sendiri pun belum memberi penghakiman bertulis,” ujarAziz lagi.
Continue reading

Perak: Zambry Marah Digelar Menteri Besar Mahkamah

Dr Zambry Abd Kadir marah apabila Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat memberi gelaran “Menteri Besar Mahkamah” kepada beliau.

Sebaliknya beliau mahu gelaran tersebut diberikan kepada Nizar Jamaluddin yang menurutnya orang yang memulakan proses mahkamah bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Perak yang sah.

“Jadi proses mahkamah itu dilakukan oleh Nizar, bukannya saya. Tok Guru (Nik Aziz) yang saya hormati pun manusia juga, dia pun buat silap dan bukannya manusia maksum.
Continue reading